Wednesday, July 14, 2010
BERSABARLAH WAHAI HATIKU..
salam....
tinggal lebih kurang sebulan lg sebelum kaki ini melangkah pulang ke malaysia..
pejam celik pejam celik, dah 2 tahun setengah dkt manipal ni.. rasa macam sangat sekejap. hati ni memang rasa tak sabar nak balik. tapi dalam masa yg sama,ada rasa takut menginap dalam hati. pulangnya diri ini ke tanah air adalah kepulangan yg disertakan dgn tanggungjawab yg cukup besar..
mahu atau tidak, dalam hati ada banyak tanda soal. adakah diri ini mampu utk meneruskan perjalanan dalam menuntut ilmu ini?? adakah diriku ini mampu utk melawan arus yg sangat hebat didepanku?? adakah diri ini mampu utk menjadi seorang doktor yg sejati?? adakah diri ini cukup kuat utk melalui perkara2 yg amat ditakuti selama ini??
diri ini tak mampu utk menjawab soalan2 ini...kerna jalan dihadapan masih belum tentu cerah gelapnya..berada dlm bidang perubatan ini sendiri sudah merupakan satu perkara diluar jangkaanku..utk berada sehingga ke tahap ini sendiri juga merupakan perkara yg jauh tersasar drpd kotak fikiranku..
setiap kali diri ini terasa terlalu lemah,hatiku pasti berkata bahawa 'aku telah dipilih oleh ALLAH utk berada di medan ini. aku sendiri tidak tahu sejauh mana kemampuanku. kerna sesungghnya semua itu hanyalah berada dlm pengetahuan ALLAH, bkn diriku..sehingga saat ini, ALLAH mempermudahkan perjuanganku, maka siapalah aku utk berputus asa ditgh jln?? ALLAH pasti menolongku sehingga keakhirnya..kerna aku yakin pada ketentuanNYA'..
maka,kali ini bersabarlah wahai hatiku..mungkin didepanku terlalu byk dugaan yg sgt besar dan hebat...mungkin selepas ini diri ini sentiasa berteman dgn air mata..mungkin selepas ini byk pengorbanan yg perlu dilakukan....tetapi, ingatlah wahai hatiku...bersabarlah...!!!!!!!!!!!! kerna sesungguhnya,perjuangan ini bukanlah perjuangan diriku seorang..ada ALLAH disampingku..DIA sentiasa menemaniku...DIA sentiasa melihat dan mendengar rintihanku...DIA sangat penyabar dlm melayani kerenahku...seinci diri ini mendekatiNYA,semeter DIA mendekatiku..apalagi yg aku pinta??? cukuplah ALLAH disampingku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment