Wednesday, July 14, 2010

BERSABARLAH WAHAI HATIKU..


salam....

tinggal lebih kurang sebulan lg sebelum kaki ini melangkah pulang ke malaysia..
pejam celik pejam celik, dah 2 tahun setengah dkt manipal ni.. rasa macam sangat sekejap. hati ni memang rasa tak sabar nak balik. tapi dalam masa yg sama,ada rasa takut menginap dalam hati. pulangnya diri ini ke tanah air adalah kepulangan yg disertakan dgn tanggungjawab yg cukup besar..

mahu atau tidak, dalam hati ada banyak tanda soal. adakah diri ini mampu utk meneruskan perjalanan dalam menuntut ilmu ini?? adakah diriku ini mampu utk melawan arus yg sangat hebat didepanku?? adakah diri ini mampu utk menjadi seorang doktor yg sejati?? adakah diri ini cukup kuat utk melalui perkara2 yg amat ditakuti selama ini??

diri ini tak mampu utk menjawab soalan2 ini...kerna jalan dihadapan masih belum tentu cerah gelapnya..berada dlm bidang perubatan ini sendiri sudah merupakan satu perkara diluar jangkaanku..utk berada sehingga ke tahap ini sendiri juga merupakan perkara yg jauh tersasar drpd kotak fikiranku..

setiap kali diri ini terasa terlalu lemah,hatiku pasti berkata bahawa 'aku telah dipilih oleh ALLAH utk berada di medan ini. aku sendiri tidak tahu sejauh mana kemampuanku. kerna sesungghnya semua itu hanyalah berada dlm pengetahuan ALLAH, bkn diriku..sehingga saat ini, ALLAH mempermudahkan perjuanganku, maka siapalah aku utk berputus asa ditgh jln?? ALLAH pasti menolongku sehingga keakhirnya..kerna aku yakin pada ketentuanNYA'..

maka,kali ini bersabarlah wahai hatiku..mungkin didepanku terlalu byk dugaan yg sgt besar dan hebat...mungkin selepas ini diri ini sentiasa berteman dgn air mata..mungkin selepas ini byk pengorbanan yg perlu dilakukan....tetapi, ingatlah wahai hatiku...bersabarlah...!!!!!!!!!!!! kerna sesungguhnya,perjuangan ini bukanlah perjuangan diriku seorang..ada ALLAH disampingku..DIA sentiasa menemaniku...DIA sentiasa melihat dan mendengar rintihanku...DIA sangat penyabar dlm melayani kerenahku...seinci diri ini mendekatiNYA,semeter DIA mendekatiku..apalagi yg aku pinta??? cukuplah ALLAH disampingku....

Thursday, July 8, 2010

BUAT MEREKA YG BERGELAR TEMAN


salam...


buat mereka yg bergelar teman,
jadilah kamu teman yg sejati,
yg sentiasa ada disamping sahabatmu,
setiap ketika,setiap waktu dan setiap detik

bila dia jatuh,hulurkan tanganmu,
bila dia menangis,hulurkan kata2 semangatmu
bila dia gembira,hulurkan kesyukuranmu,
bila dia terpesong,hulurkan petunjukmu...

buat mereka yg bergelar teman,
jadilah cermin buat sahabatmu,
yg sentiasa menunjukkan hakikat sebenar
biarpun perit dan pahit utk ditelan

jadilah kamu teman yg diredhai ALLAH
yg membina sebuah persahabatn dgn tali keikhlasan
yg bersama2 mengutip mutiara2 kehidupan
yg tak pernah lelah dlm perjuangan

tanamlah benih-benih persahabatan,
bajailah ia dgn kasih sayang,
biarkan sinar ISLAM menyinari,
agar ia tumbuh dgn subur biarpun di bumi yg kering

Saturday, July 3, 2010

MANUSIA MEMANG TAK SEMPURNA......


salam.....

dunia ini memang diciptakan utk tidak sempurna..malah isi kandungan dunia itu sendiri termasuklah manusia juga tidak sempurna. kerana ketidaksempurnaan inilah, maka dalam hidup terdapat macam2 warna. malah, ada org yg kurang baik akhirnya menjadi lebih baik dek kerana ketidaksempurnaan org lain...

kadang2 hati ini terasa susah utk menerima kelemahan org lain..utk menyuaikan diri dgn kekurangan org lain..tapi inilah kehidupan. kita kena ingat, mungkin kita hanya nmpk kelemahan org, sedangkan ada org lain yg sedang memendam rasa dek kelemahan kita. keadaan ini mmg selalu berlaku..even in my own life.......and sometimes ada org yg suka bercerita ttg keburukan org lain tanpa memikirkan kelemahan sendiri..and it really make me feel so geram to that kind of person..

but then i realize, kita sebagai manusia punya akal utk menilai..inilah masanya utk kita melatih diri utk tidak menerima apa yg org beritahu pada kita bulat2.cuba terima kelemahan org sebaik mungkin..kerna tak ada manusia yg sempurna..hmmm....sometimes i feel that growing up is really tiring..especially when we meet with many kind of people..but somehow i know that each people will teach me something..so that i can be a better person..insyaALLAH...

just try to look around yourself..you can find a lot of people with a lot of perangai..and those perangai can be good in our eyes or even can be bad..but it doesn't mean that if it is bad, they can't be our friends..it's up to us to accept all those perangai..
semoga setiap manusia di sekeliling kita akan mengajar kita mengenai erti sebuah kehidupan.....kerana kadang2 melalui ketidaksempurnaan seseorang itulah,kita belajar sesuatu yg berharga....insyaALLAH........

Sunday, June 13, 2010

OPEN YOUR EYES



Look around yourselves
can't you see the wonder
spreading from the view
the clouds floating by
the skies are clear and blue
planets in the orbits
the moon and the sun
such perfect harmony

let's start question in ourselves
isn't this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside...
no...

we just have to
open our eyes,our hearts and minds
if we just look bright to see the signs
we can't keep hiding from the truth
let it take us by surprise
take us in the best way
(ALLAH....)
guide us every single day
(ALLAH...)
keep us close to You
until the end of time....

look inside yourselves
such a perfect order
hiding in yourselves
running in your veins
what about anger love and pains
and all the things you're feeling
can you touch them with your hands
so are they really there

when our baby is born
so helpless and weakse
and you're watching it growing
like the night
passing in front of your eyes
the biggest miracle if life

ALLAH...
You created everything
we belong to You
YA RABB we raised our hands
forever we thank You...
alhamdulillah....


this song is a very very very meaningful song...hayati setiap baris, setiap
perkataan, dan setiap patah...sememangnya kadang2 kita terlupa utk
berfikir sejenak..sedangkan setiap apa yang berlaku setiap saat dan waktu itu ada sebabnya..

sebab itulah, tatkala kita menghadapi sesuatu kesusahan atau kesenangan, cuba kita renungkan kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku..jangan disalahkan ALLAH atas apa yang menimpa diri kita...kerna mungkin sebenarnya itulah yg terbaik buat kita..sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui....

open our eyes...our hearts and minds...
semoga kita dapat melihat jalan yg sebenar2nya....

Tuesday, May 11, 2010

PESAN MA


dah lama rasanya sy x call ma dkt kampung..tetiba hari ni, bila bercakap dgn ma, terasa sayu kejap. bila call, trus ma cakap yg dia terasa sy akn call dia hari ni. firasat si ibu selalu betul. dan setiap kali bercakap dgn ma, pasti ada nasihat yg dititipkan.

saya: sekarang ni penat sikit la ma...tambah2 bila dah start posting kat hospital

ma: takpe..mmg macam tu ALLAH nk uji kita..skrg dkt kelantan pun panas sgt. td ma nmpk ada org tgh kerja bwh panas terik matahari..kesian ma tgk

saya: kerja apa??

ma: tukang rumah. dr pagi smpai petang duk bwh matahari..kita x boleh fikir kita je yg susah.setiap kerja pun susah..sebab tu kita x boleh merungut..kita kena redha dgn apa yg ALLAH tentukan utk kita..

saya: mmm...

ma: abah pun selalu bgtau ma..kadang2 kita rasa malas nk beribadah. tp kalau kita asyik ikutkan hati..asyik cakap 'panasla..malaslah nak sembhyg sunat'..sampai bila kita nak bertahan dgn alasan tu..jgn jadikan semua tu sebagai alasan. samalah juga dgn setiap kerja yg kita lakukan. jgn jdkan penat tu sbg alasan..terus berusaha sbb ni amanah ALLAH..takpe penat sikit masa belajar ni..org lain pun lg penat buat mcm2 kerja..

saya: baik..!!!!!!!!!!!!!!!

ALLAH dah menyediakan pelbagai jalan utk hambaNYA. dan setiap jalan ini sesuai dgn keupayaan dan kemampuan hambaNYA itu.. kadang2 saya rasa takut dgn tanggungjawab sebagai doktor ni. rasanya seperti langsung x layak utk berada dlm perjuangan ini. tapi ALLAH itu Maha Mengetahui..penat...tak larat...tak paham apa yg diajar...semua itu dugaan. kita kena berusaha sedaya upaya agar amanah ini dpt dilaksanakan sebaik mungkin biarpun byk halanganNYA..

Terima kasih ma...sbb tak pernah jemu nasihtkn sy..semoga diri ini mampu menjadi anak yg solehah...insyaALLAH...

Tuesday, May 4, 2010

Senyumlah......pasti hidup terasa indah!!


senyumlah...

bila kita senyum..susah akn bertukar menjadi senang

hati yg panas pun akan jadi sejuk..

sbb senyum itu satu rahmat dan nikmat yg ALLAH beri pada kita...

macamne kalau kita x boleh senyum??

hmm...mesti hidup jadi bosan..

segalanya terasa macam susah

kalau kita tgk org tak senyum, pasti kita rasa org tu sombong..

maka, mungkin sebab itulah senyum itu sedekah

maknanya senyum tu bernilai mcm duit jugaklah kan..

senyum ni ubat mujarab bila kita tgh marah..

bila je rasa mcm nk meletup.cubalah senyum..

pasti hati akn rasa tenang balik..

masyaALLAH, mulut yg ALLAH kurniakan ni rupanya byk fungsinya

bukan hanya setakat utk makan,minum

tapi juga boleh buat diri sendiri dan org lain rasa bahagia..

maka, senyumlah....

pasti hidup terasa indah!!!!

insyaALLAH

Sunday, April 11, 2010

SEBUAH PERJALANAN YG PANJANG

perjalanan di hadapan masih terlalu jauh. .

kucuba utk memastikan diri berada di landasan yg kukira betul

tetapi, kadang2 hati ini memberontak.

benarlah, iman itu ada naik turunnya.

terasa betapa hinanya diri ini.

kala diulit kesenangan, hati mula menjauhi mu YA RABB

kala diulit kemewahan, hati terlupa pada yg memerlukan

cukup susah utk diri ini kembali mendekatiMU YA ALLAH

cukup susah utk diri ini kembali merasa tenang disampingMU YA ALLAH

semuanya kerna hati ini dikaburi dgn keindahan dunia

mata pula tak dapat melihat tatkala hati ditutup dgn topeng kepura-puraan

di mana letaknya diri ini???

aku melihat diriku sebagai seorang pelajar, bakal doktor, seorang anak, seorang kawan

tapi, di mana letaknya diriku sebagai hambaMU YA ALLAH??

adakah tempat bagiku di sisimu??

kelak, adakah aku mampu menjadi bidadari di syurgaMU??

YA ALLAH, DIRI INI HAMBA YG LEMAH. CUKUP MUDAH TERSASAR. CUKUP MUDAH MENJAUHIMU. TAPI AKU TAHU KAU TETAP SETIA

MENGETUK PINTU HATIKU. MEMANGGIL2 NAMAKU AGAR AKU KEMBALI MENGINGATIMU. YA ALLAH, JANGANLAH KAU BIARKANKU SEMAKIN

LARI DARIPADAMU. TAK KIRA SUSAH ATAU SENANG, BIARLAH DIRIKU SENTIASA MENGINGATIMU...